Pegawai masjid di Selangor diberi kuasa untuk menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak, berkuat kuasa serta-merta.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, para pegawai masjid yang terdiri daripada nazir, imam, bilal dan siak akan diberi penerangan serta latihan secara berperingkat untuk menguatkuasakan enakmen tersebut.
Menurut Dr Hassan, pegawai masjid boleh menangkap orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan menyerahkannya kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.
“Saya tekankan bahawa ini enakmen ini bertujuan untuk mengembalikan keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat dan dalam pada yang sama untuk membina paksi-paksi asas dalam masyarakat terutamanya yang menyentuh masyarakat Melayu dan Islam”,katanya.
Dr Hassan berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang semalam.
Bagaimanapun menurutnya, tindakan penguatkuasaan ini hanya membabitkan orang Islam sahaja tanpa mengganggu hak atau kebebasan bukan Islam.
“Enakmen ini hanya dikhususkan kepada orang Islam sahaja jadi apa pun tindakan yang nak diambil adalah untuk orang Islam dan tidak melibatkan teman-teman bukan Islam,"katanya.
Tambah Dr Hassan, penguatkuasaan enakmen ini dilihat dapat membantu mengurangkan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak generasi muda di negeri ini.
Home »
» Pegawai Masjid Diberi Kuasa Untuk Menahan Orang Islam Minum Arak
Pegawai Masjid Diberi Kuasa Untuk Menahan Orang Islam Minum Arak
Written By canang on Khamis, 27 Ogos 2009 | 8/27/2009 02:24:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan