Home » » Peniaga ambil kesempatan:Topeng H1N1 menjadi barang kawalan

Peniaga ambil kesempatan:Topeng H1N1 menjadi barang kawalan

Written By canang on Rabu, 19 Ogos 2009 | 8/19/2009 10:21:00 PTG


PUTRAJAYA: Topeng penutup hidung dan mulut diisytiharkan sebagai barangan kawalan sementara berkuatkuasa serta merta dengan harga antara tujuh sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini.

"Paling penting sekali ialah kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya ada kedai yang menjual lebih daripada harga yang ditetapkan.

"Beliau berkata kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini. Bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000, katanya.Orang ramai boleh menelefon nombor tol percuma di talian 1-800-886-800 atau datang ke pejabat kementerian terdekat untuk membuat aduan sekiranya ada kedai yang menjual pada harga yang tinggi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger