Home » » Skandal PKFZ:Kontraktor sedia ke mahkamah

Skandal PKFZ:Kontraktor sedia ke mahkamah

Written By canang on Rabu, 26 Ogos 2009 | 8/26/2009 09:31:00 PTG

Kuala Dimensi Sdn. Bhd., kontraktor projek ’turnkey’ Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dilanda skandal, memberitahu Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) hari ini bahawa ia sedia untuk ke mahkamah atau timbangtara berkaitan dakwaan tuntutan berlebihan dalam projek multi-bilion ringgit.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, Kuala Dimensi, yang diwakili oleh timbalan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Faizal Abdullah, menafikan dakwaan berkenaan.

“Kuala Dimensi berkata, mereka masih menunggu dakwaan daripada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan selepas itu, mereka sedia ke mahkamah atau timbangtara,” kata Azmi kepada pemberita.

Hari ini buat pertama kali Kuala Dimensi hadir di hadapan jawatankuasa parlimen berkenaan dan Faizal disoal selama dua jam setengah di bangunan Parlimen di mana kes itu didengar.

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Datuk Seri Tiong King Sing hadir pada sebelah pagi dan keluar sebelum siasatan bermula. - Bernama
Share this article :

1 ulasan:

saji berkata...

Dalam Islam, Design and Build contract atau Kontrak Siap Guna atau seumpamanya yang digunakan bagi pelaksanaan projek penswastaan PKFZ tidak diHARUSkan penggunaannya sebagai kontrak pembinaan atau construction contract jika didasarkan kepada Ijma' ulamak besar iaitu ijtihad Masalih Mursalah imam mazhab Hanbali, Maliki dan Shafie' atas hujah berikut:

Ia memenuhi takrif, rukun, syarat sah penggunaan dan contoh penggunaan kontrak pembinaan Islam atau jual beli barangan yang tidak wujud ketika akad yang dinamakan al-Istisnaa' atau maksud Melayunya Tempahan atau maksud Inggerisnya Price-in-advance.

Sementara hujah tidak mengHARUSkannya ialah;

Pertama, ia bukan kontrak tetapi tanggungjawab pihak2 yang berkontrak iaitu kontraktor utama sebagai penjual dan pemilik projek melaksanakan AMANAH masing-masing dari segi memastikan barangan yang ditransaksikan iaitu projek penswastaan PKFZ mencapai sasaran kualiti, kos dan tempoh siap yang dipersetujui bersama semasa majlis akad.

Kedua, kesangsian pihak2 yang berkontrak tersebut termasuk juruperunding melunaskan AMANAH tersbut.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger