Home » » Speaker kesal tindakan SPRM

Speaker kesal tindakan SPRM

Written By canang on Selasa, 11 Ogos 2009 | 8/11/2009 12:57:00 PTG


SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang K:im kesal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak dan mengambil semua fail peruntukan kawasan DUN wakil raky:at Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

:Menurutnya, tindakan SPRM itu seolah-olah melancarkan kempen ‘memancing’ bukti pada semua Pejabat Daerah di Selangor. :

:Chang Khim mendakwa, tindakan itu dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin merampas kembali Selangor daripada pemerintahan :PR.

:Sambil menyifatkan perbuatan itu tidak profesional dan satu tindakan ‘politik’, Chang Khim mengakui tidak mempunyai masalah jika SPRM ingin menjalankan tugas mereka secara profesional dengan memeriksa mana-mana fail peruntukan ADUN di mana-mana Pejabat Daerah seluruh negara.

:“Tetapi, sekarang ini nampaknya tindakan itu hanya dibuat dan dilakukan di Selangor,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

:Chang Kim turut meminta pihak yang sepatutnya menerima peruntukan berkenaan memaklumkan kepada SPRM jika tidak menerima peruntukan itu.

:“S:ila pergi ke pejabat SPRM dan maklumkan kepada mereka (SPRM) sekiranya mereka (orang ramai) tidak menerima duit peruntukan berkenaan supaya ia dapat membantu SPRM menyiasat saya,” katanya.

Chang Kim yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Pinang menggesa SPRM menyelesaikan siasatan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

“Saya minta supaya mereka (SPRM) dapat mengesahkan dalam tempoh dua minggu sama ada terdapat kes terhadap saya atau tidak.

"Ini kerana kita tidak mahu perkara ini ditangguhkan bertahun-tahun sehingga tiada jawapan mengenainya dan orang ramai akan beri pandangan serong terhadap dirinya,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger