Home » » Anak pelakon Norlia Ghani maut jatuh bangunan kediaman

Anak pelakon Norlia Ghani maut jatuh bangunan kediaman

Written By canang on Ahad, 27 September 2009 | 9/27/2009 07:33:00 PTG

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Tindakan berani anak ketiga pelakon Norlia Ghani ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu hari ini.
Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal Ramli, 33, yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.

Abang mangsa, Romiza, 36, berkata, seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.
Romiza berkata, terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.
“Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL). - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger