KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, Selangor, M.Manoharan memfailkan saman RM100 juta terhadap Kerajaan Malaysia, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan tiga penerbit akhbar dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Akhbar yang terbabit ialah The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia.
Writ saman itu difailkan oleh Tetuan M.Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Manoharan, penasihat undang-undang kumpulan Hindraf yang diharamkan, menuntut ganti rugi fitnah, ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Beliau mendakwa kerajaan telah berkempen untuk memburuk-burukkan namanya dan Hindraf, manakala Musa dan Abdul Gani didakwa secara berniat jahat menyebabkan perkataan-perkataan berunsur fitnah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tersebut. - Bernama
Home »
» Era Najib,Nizar vs Zambry;Manoharan fail RM100 juta saman fitnah
Era Najib,Nizar vs Zambry;Manoharan fail RM100 juta saman fitnah
Written By canang on Jumaat, 11 September 2009 | 9/11/2009 11:31:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan