Home » » Iran uji peluru berpandu jarak jauh

Iran uji peluru berpandu jarak jauh

Written By canang on Selasa, 29 September 2009 | 9/29/2009 04:22:00 PTG


TEHERAN - Iran semalam melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh Shahab 3 yang dipercayai boleh mengenai sasaran di Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah.
Ujian terbaru yang dilakukan oleh tentera elit Pengawal Revolusi dibuat selepas ujian peluru berpandu jarak dekat dan sederhana dalam satu latihan ketenteraan.
Pegawai-pegawai Iran berkata peluru berpandu Shahab 3 yang kali terakhir diuji pada pertengahan tahun lalu mempunyai keupayaan jarak serangan sejauh 2,000 kilometer.

Ujian peluru berpandu itu dilancarkan ketika ketegangan antara Iran dan Barat semakin meningkat berikutan pendedahan mengenai pembinaan loji kedua penguraian uranium oleh Teheran.
Ujian itu juga dibuat menjelang rundingan dengan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jerman mengenai program nuklear Iran.
Peluru berpandu Shahab 1 dan Shahab 2 yang diuji kelmarin mampu mengenai sasaran sejauh 300 hingga 700 kilometer.
Pelancaran ujian terbaru peluru berpandu Iran itu mencetuskan kemarahan rejim Yahudi di Israel yang menjadi musuh tradisi Teheran.
Iran sering melancarkan latihan ketenteraan di perairan Teluk untuk menunjukkan keupayaan peluru berpandu jarak sederhana dan jauh serta senjata lain miliknya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger