Home » » Nizar vs Zambry MB Haram:Boikot DUN, hanya sandiwara

Nizar vs Zambry MB Haram:Boikot DUN, hanya sandiwara

Written By canang on Ahad, 27 September 2009 | 9/27/2009 09:03:00 PTG


IPOH – Anda semua percaya? Itulah kenyataan awal Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham kononnya Pakatan Rakyat (PR) akan memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober ini.
Katanya, rakyat tidak mungkin melupakan apa yang dilakukan oleh pembangkang apabila bersidang secara haram di bawah pokok dan dengan bongkak serta angkuh menidakkan kuasa pengisytiharan Sultan.
“Namun, apabila sidang dewan yang diisytiharkan oleh Tuanku Sultan selepas permohonan menghadap oleh saya sebagai Menteri Besar dilalukan, mereka (pembangkang) tetap masuk (dalam dewan).
“Malah mereka masuk dalam sidang dewan yang bersejarah itu dengan tindakan ganas dan biadab, seolah-olah negeri Perak tidak ada undang-undang serta institusi raja tidak dipedulikan sama sekali,” katanya yang dipetik dari blog beliau.

Dr Zambry berkata, lebih mendukacitakan apabila pembangkang mengadakan ‘sidang DUN’ secara haram ketika umat Islam menunaikan puasa Ramadan dan ada seseorang menggelarkan dirinya sebagai speaker, sekali gus menyaksikan perbuatan tidak bermoral pembangkang setelah tidak menghormati institusi raja.
Kata beliau, pembangkang juga membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar kedudukan Datuk Ganesan sebagai Speaker, tetapi keputusan itu ditolak menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
“Sekarang mereka buat lagi cerita baru bagi menunjukkan kesucian mereka dan saya tidak terkejut sama sekali sekiranya Ngeh dan konco-konconya memberi kenyataan baru mendakwa mereka tetap akan menghadiri sidang dewan Oktober ini.

“Ingatlah apa yang diluahkan oleh bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebelum ini bahawa sidang DUN Oktober ini lebih teruk daripada sidang DUN 7 Mei lalu. Amarannya ini tidak akan dilupakan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hairan dengan sikap Mohamad Nizar yang tiba-tiba bersetuju dengan arahan Ngeh untuk tidak menghadiri sidang dewan, sedangkan sebelum ini mereka akan hadir.
“Namun, setelah diteliti dengan segala perbuatan dan sikap Mohamad Nizar selama ini, khususnya dalam proses membuat keputusan serta dalam konteks hubungan mesra Ngeh-Mohamad Nizar, adalah wajar beliau membuat kenyataan itu kerana takut kepada Ngeh.
“Sikap mereka sama sahaja, tidak akan membiarkan perjalanan yang lancar untuk Barisan Nasional (BN) memerintah, tetapi semakin kuat mereka bertindak mencemar negeri Perak, semakin kuat pula saya menyaksikan kesungguhan rakyat untuk menolak sebarang bentuk keganasan serta paranois politik mereka,”katanya.
Share this article :

2 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

Bersatulah Melayu, kamu semua baru2 ni makan lemang dan ketupat yg sama.

Jika tidak mampat lemang dan ketupat tidak menjadi.

JAKA berkata...

kenapalah kamu ni menjadikan ajaran Islam itu sebagai sampah?

dh byk org alim2 cakap bersatu mesti atas akidah, if not dalam umno pun tk bersatu.

begitulah degil dan keras buta mata buta hati buta perutnya umat umporno.

hentikan rubbish seruan bersatu melayu !! melayu hanya manusia yg tidak berkitab melayu.

melayu adalah kulit dan tubuh yg kosong, hanya Allah yg menghidupkan melayu dgn ajarannya

nak bersatu buku nas.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger