
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menempelak kenyataan DAP yang mendakwa undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan berpihak kepada parti berkenaan. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, apa yang didakwanya tidak berasas dan DAP tidak ada hak untuk mempersoalkan berkaitan undi pos.
“PR dilihat seakan-akan tewas sebelum berjuang dan parti itu seolah-olah sudah berputus asa, lagipun mereka yang mengundi secara pos mempunyai hak masing-masing untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.
“Jika mereka mahu pilih pembangkang itu hak mereka dan jika pengundi pos ini memilih BN, bermakna mereka berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mendakwa PR sudah kalah pada peringkat awal lagi disebabkan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya pasti berpihak kepada BN.
Menurutnya, hanya pada kali ini undi pos mencapai angka tertinggi iaitu hampir 5,000 undi pos dan angka itu tidak bermakna BN akan mencapai kemenangan dengan mudah.
Ahmad berkata, sama ada PR menganggap mereka sudah tewas, UMNO sebenarnya tidak ber:minat mencampuri urusan mereka dan terpulang pada PR untuk memperkatakan partinya itu akan kalah pada Bagan Pinang kelak.
:“Bagi BN, kita akan tetap bekerja bersungguh-sungguh dalam memenangi kerusi kali ini. Walaupun Bagan Pinang kubu kuat BN, kita tidak boleh terlalu yakin untuk menang.
:“Sebab itulah saya meminta semua jentera BN agar turun padang dalam memastikan Bagan Pinang kekal dimenangi BN,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan