Home » » Wanita Pertama jadi MENTERI

Wanita Pertama jadi MENTERI

Written By canang on Sabtu, 5 September 2009 | 9/05/2009 04:37:00 PG


TEHERAN - Parlimen Iran semalam menyokong penuh Kabinet dicadangkan Presiden Mahmoud Ahmedinejad yang disertai menteri wanita pertama sejak Revolusi Islam 1979 dan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pengeboman pusat komuniti Yahudi di Argentina
Mahmoud sebelum ini mencalonkan dua lagi calon wanita untuk dilantik sebagai menteri dalam portfolio tenaga, kebajikan dan pendidikan tetapi ditolak oleh Parlimen.
Marzieh Vahid-Dastjerdi, 50, dipilih sebagai calon tunggal untuk menduduki jawatan menteri kesihatan.
Beliau adalah seorang doktor sakit puan dan pernah dua kali menjadi ahli Parlimen Iran.
Mahmoud mempunyai masa tiga bulan untuk mengusulkan calon baru bagi menggantikan mereka yang ditolak pencalonannya oleh Parlimen
Walaupun calon-calon itu ditolak, Kabinet Mahmoud masih boleh terus bekerja dan beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat pertama dengan jemaah menterinya pada Ahad ini.
Pencalonan bagi mengisi jawatan menteri-menteri minyak, pertahanan, perisikan, dalam negeri, ekonomi dan hal ehwal luar disokong sepenuhnya oleh Parlimen.
Argentina mengecam pelantikan Ahmad Vahidi sebagai menteri pertahanan Iran kerana beliau disyaki terlibat dalam insiden pengeboman di sebuah pusat Yahudi di Buenos Aires pada 1994 dengan menyebabkan 85 orang terbunuh.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger