Home » » Awie mengulas kritikan Akhil Hayy:Jangan hanya kerana mahu menutup pekung sendiri, kita terpaksa membuka pekung orang lain saya tak pernah kenal dia.

Awie mengulas kritikan Akhil Hayy:Jangan hanya kerana mahu menutup pekung sendiri, kita terpaksa membuka pekung orang lain saya tak pernah kenal dia.

Written By canang on Sabtu, 31 Oktober 2009 | 10/31/2009 03:09:00 PTG


PUTRAJAYA: “Seumur hidup saya tak pernah kenal dia (Akhil Hayy). Dia nak minta maaf untuk apa? Saya juga tak pernah simpan dosa dia,” kata Ahmad Azhar Othman atau Awie, semalam.
Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon terkenal itu berkata, banyak perkara dilakukan Akhil yang mengaitkan dirinya serta tidak sepatutnya dilakukan ketika di pentas ceramah sebelum ini, semuanya masih tersimpan dalam hati.
Menurutnya, dia hanya mengenali Akhil apabila penceramah bebas itu mengubah suai beberapa lagunya dalam ceramah tertentu dengan mengaitkan namanya (Awie) sebagai penyanyi rock sebelum ‘terjun’ semula dalam kehidupan artis.
“Saya tiada apa-apa hubungan dengan dia (Akhil), tak pernah berhubungan dan tak pernah rapat, malah berbual pun tak pernah.
Malah, anggota kumpulan Wings juga tak pernah mengenali orang ini (Akhil) tetapi apa yang saya tahu dia nak cari pentas untuk naik cepat dengan mengaitkan lagu saya bagi mencari glamor,” katanya yang mengakui tidak akan melupakan apa yang pernah dilakukan penceramah dan suami Waheeda itu, sejak beberapa tahun lalu.

Awie mengulas kritikan Akhil terhadap artis di negara ini yang dikaitkan dengan perlakuan tidak sihat selain ada antara mereka didakwa menjadi ‘tali barut’ guru kumpulan ajaran sesat.
Kenyataan penceramah itu menimbulkan rasa kurang senang Awie yang mendakwa mewakili artis.
Dia mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah artis dengan mengaitkan individu tertentu yang didakwa melakukan kegiatan menjurus kepada kemaksiatan.
Malah, tanpa berselindung, Awie yang popular dengan lagu Sejati dan Bernafas Dalam Lumpur bersama Wings sekali lagi menyarankan ustaz rock itu mencerminkan diri terlebih dulu sebelum membuat pelbagai tafsiran mengenai kehidupan orang lain.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata, Akhil sewajarnya berdiri dengan wajah sebenar sebagai ‘pejuang agama’ tanpa hanya memberikan tarbiah kepada artis semata-mata.

Awie turut mempertikaikan sikap Akhil yang sebelum ini gemar menggunakan lagu kumpulan Wings di pentas ceramahnya selain mengaitkan namanya bagi meraih populariti.
“Mengapa perlu kaitkan nama dan lagu saya di pentas ceramah hanya untuk glamor, berusahalah menggunakan pentas dengan kemampuan diri sendiri.
“Sebagai artis, saya menggunakan apa yang saya ada untuk berjaya di bidang saya ceburi. Saya tak pernah menceburi bidang lain dan tidak menggunakan nama dan lagu orang lain untuk menjulang nama,” katanya.
Sebagai orang lama dalam dunia hiburan, Awie menasihatkan Akhil menjadi pejuang agama sejati dan tidak menggunakan pentas untuk mencaci dan mengaibkan orang lain.
Sehubungan itu, katanya, jika pendakwah terbabit bukan pejuang agama sebenar, lebih baik dia menghentikan apa yang sudah dan sedang dilakukan sebelum berusaha memperbaiki diri sendiri terlebih dulu.

“Jangan hanya kerana mahu menutup pekung sendiri, kita terpaksa membuka pekung orang lain dan perkara ini sepatutnya tidak dilakukan penceramah muda ini.
“Buat masa ini, apa yang saya mahu dia lakukan ialah memohon maaf secara terbuka kepada golongan artis berikutan kritikannya sebelum ini,” katanya.
Ditanya sama ada Akhil ada menjemputnya ke majlis persandingan dengan Waheeda hari ini, Awie secara terbuka mengakui tidak menerima jemputan.
Malah, dia mengulangi kenyataan tidak pernah mengenali penceramah itu, bahkan tidak pernah memiliki nombor telefon bimbit Akhil sekali gus tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penceramah terbabit sepanjang berkecimpung dalam dunia artis.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Aku setuju dgn kenyataan Awie yg ini.
Akil Haiy mmg banyak menyindir awie secara peribadi dlm ceramah2 nya,sesuatu yg tidak sepatutnya di lakukan oleh seorang pendakwah.

Tindakan Akil Hay akhir2 ini menyebabkan dia hilang kredibiliti sebagai pendakwah.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger