Home » » DAP VS GERAKAN,Debat Part2:Guan Eng sedia dengan Koh

DAP VS GERAKAN,Debat Part2:Guan Eng sedia dengan Koh

Written By canang on Jumaat, 2 Oktober 2009 | 10/02/2009 06:33:00 PTG


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bersedia untuk berdebat dengan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang akan disiarkan secara langsung di televisyen, malahan di ibu pejabat Gerakan.
Bagaimanapun, katanya DAP kecewa dengan sikap Dr Koh yang telah menunjukkan "belangnya" dengan menetapkan prasyarat sebelum debat itu diadakan.

"Bagi memastikan Koh tidak mengelak daripada debat yang akan disiarkan di televisyen itu, DAP bersetuju mengadakan debat itu, tanpa sebarang syarat, malahan jika ia diadakan di ibu pejabat Gerakan, mengenai isu Kampung Buah Pala atau mana-mana tanah," kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Pada 30 Ogos lalu semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan Gerakan Pulau Pinang, Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pemimpin Gerakan bersedia untuk berdebat dengan Lim.
Keesokkannya, Ketua Menteri menjawab yang beliau akan menerima cabaran Dr Koh jika Dr Koh sendiri menyahut cabaran itu.
Bagaimanapun, Dr Koh menawarkan untuk menghantar seorang proksi dari Pemuda Gerakan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger