Jumaat, 9 Oktober 2009
Era Najib Altantuya:UMNO BN Cemburu, Selangor Amal Dasar Keterbukaan
Kesemua Exco kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bebas memberikan pandangan masing-masing sekali gus mencerminkan keterbukaan kerajaan negeri itu.
Khalid berkata kematangan dan pendekatan yang diambil dan sikap rasional yang ditunjukkan ini sebenarnya dicemburui oleh kerajaan UMNO BN.
“Saya rasa dari segi perspektif pentadbiran yang dibawa oleh PR, kita mempunyai tiga konsep yang kita lakukan, satu konsep berkaitan dengan ketelusan dan kita mendapat penerangan dan adakalanya kita buka kepada orang ramai.
“Keduanya, kita gunakan konsep akauntabiliti, kebertanggungjawapan, ketiga sudah tentu kita mengharapkan pentadbiran ada competency, kecekapan, jadi ketiga-tiga itu merupakan asas pelaksanaannya,” katanya.
Kerajaan negeri Selangor sentiasa mahu mendengar pandangan daripada semua pihak, mencari pendekatan terbaik yang berbeza dari pimpinan negeri lain.
Beliau menjelaskan dengan kewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) adalah contoh usaha Pakatan Rakyat menyelesaikan keraguan rakyat keatas urustadbir kerajaan.
Contoh terbaik, kata Khalid, adalah di United Kingdom dimana kerajaan menyediakan kebebasan bersuara melalui sesi-sesi mesyuarat majlis bandaran untuk rakyatnya membahaskan isu-isu berbangkit secara terbuka.
“Selcat ditubuhkan sebagai satu cara untuk menggabungkan kehendak dari segi itu, ketiga-tiga itu merupakan asas pelaksanaan. Selcat bukan sebagai satu cara untuk menggabungkan ketiga-tiga. Selcat akan mengadakan pendengaran, ertinya dia akan membincangkan secara terbuka secara pendengaran.
“Bila sebut akauntabiliti, pegawai-pegawai yang ada hubungan dengan keputusan-keputusan tersebut, jadi ada rasa tanggungjawab dari segi keputusan tersebut. Ketiga, competency kecekapan maknanya dia dan memberikan pandangan-pandangan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan kebebasan yang disediakan untuk ruang pimpinan mengutarakan komentar menyumbang kepada kematangan pengurusan Pakatan Rakyat.
Khalid berkata apa jua yang berlaku di dalam perbincangan Selcat merupakan pendekatan kerajaan negeri Selangor mendengar masalah rakyat daripada peringkat akar umbi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.