Home » » Era Najib,PRK Bagan Pinang:Isa sudah dihukum, dipilih sebab popular...atau nak balas budi?

Era Najib,PRK Bagan Pinang:Isa sudah dihukum, dipilih sebab popular...atau nak balas budi?

Written By canang on Selasa, 6 Oktober 2009 | 10/06/2009 10:16:00 PG


PARIS - Tan Sri Mohd Isa Samad sudah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular dalam kalangan masyarakat kawasan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satu-satu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki.
Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, Isa dikenakan tindakan di atas kesalahannya, termasuk kehilangan jawatan Menteri dan Naib Presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.
Menurutnya, Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.
“Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.
“Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman,” katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.Najib berkata, Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan Menteri atau Menteri Besar.

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, Isa, 59, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger