Home »
» Fatin Dihantui Trauma, Enggan Temui Media dan Pelawat
Fatin Dihantui Trauma, Enggan Temui Media dan Pelawat
Written By canang on Ahad, 25 Oktober 2009 | 10/25/2009 10:04:00 PTG
Trauma dilarikan penjahat meninggalkan kesan mendalam pada Fatin, 8 tahun, yang diculik seorang lelaki bermotosikal di Klang Khamis lalu.
Fatin kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang, dan masih belum bersedia menerima kunjungan media dan pelawat.
“Sebenarnya semasa lawatan tadi saya tidak berjumpa dengan Fatin tetapi saya sempat berjumpa dengan bapa kepada Fatin, saya dimaklumkan bahawa kes ini masih dalam kes siasatan,” kata Exco Kebajikan Negeri Selangor, Rodziah Ismail.
Bagi melindungi maruah mangsa, Rodziah menggesa pihak media untuk tidak mensensasikan kes ini sementara menunggu laporan perubatan penuh.
“Saya harap pihak luar mengenai komen yang diberikan oleh pihak akhbar sebelum ini masih belum pasti, jadi apa yang penting buat masa ini kita biarkan Fatin dan keluarganya berada dalam keadaan tenang,” katanya.
Beberapa tahun lalu, kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar dan Nurin Jazlin Jazimin telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia apabila mereka dilaporkan telah diculik dan akhirnya ditemui mati.
Dalam pada itu, Rodziah meminta pihak berkuasa terutamanya pihak polis meningkatkan langkah keselamatan tidak kira di mana dengan lebih kerap membuat rondaan sama ada pada waktu malam mahupun siang.
Rodziah juga meminta pihak hospital menyiasat kes Fatin ini dengan sewajarnya dan cepat dan akan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.
Dalam perkembangan lain apabila diminta mengulas lanjut mengenai kes yang Rodziah diugut dirogol oleh penduduk Seksyen 23, Shah Alam, beliau memberitahu pihak polis masih mengatakan kes tersebut dalam proses siasatan.
“Saya ada berhubung dengan pihak polis dan mereka masih mengatakan masih berada dalam siasatan, bagi saya kes ini amat jelas kerana dengan bukti dan sebagainya tetapi jika pihak polis mengambil masa hampir satu setengah bulan dengan bukti yang jelas, saya rasa sesuatu perlu dibuat oleh pihak PDRM, prosedur kerja dan sepatutnya mereka teliti,” katanya.
Beliau berkata kes ugut rogol terhadapnya merupakan satu perkara serius dan beranggapan jika beliau seorang yang mempunyai pengaruh di situ juga, pihak luar boleh senang-senang mengugut apakah lagi dalam situasi anak-anak dan orang awam sekarang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan