SHAH ALAM 21 Okt. — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menahan anak lelaki “Rasul Melayu”, Abdul Kahar Ahmad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat yang dibawa bapanya melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Lelaki berumur 30-an itu ditahan pihak penguatkuasa JAIS di perkarangan mahkamah, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, ketika cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Kahar.
Suspek sebelum itu didakwa berlagak sebagai wartawan yang sedang membuat liputan kes berkenaan bagi mengaburi pihak penguatkuasa Jais yang berada di sekitar kawasan mahkamah.
Bagaimanapun setelah menyedari tindak-tanduknya diperhatikan, lelaki terbabit cuba meninggalkan bangunan mahkamah tetapi kemudian berjaya ditahan pihak penguatkuasa agama itu.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, pihaknya sudah lama mengekori anak lelaki Abdul Kahar itu dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahannya.
Home »
» JAIS tahan anak lelaki “Rasul Melayu"
JAIS tahan anak lelaki “Rasul Melayu"
Written By canang on Rabu, 21 Oktober 2009 | 10/21/2009 10:39:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan