SUNGAI PETANI:Seorang juruteknik penyelenggaraan sebuah kilang mati akibat dipukul ketika bergelut dengan lima lelaki yang memecah masuk ke banglonya di Jalan Bakar Sampah, di sini, malam tadi.
A Appanaidu, 47, yang mengalami kecederaan parah di badan dan tangan dipercayai akibat dipukul dengan senjata tajam meninggal dunia di
rumahnya.
Isteri juruteknik itu, M Manimalar, 42, berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam apabila lima lelaki bersenjatakan parang panjang memecah masuk rumah mereka ketika dia bersama suaminya serta tiga
anak mereka sedang berehat di ruang tamu.
"Mereka terus meluru ke arah kami sambil mengugut dengan parang panjang, dan mengarahkan suami saya supaya membuka peti keselamatan di bilik tidur utama," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, Appanaidu kemudian cuba bergelut dengan penjenayah itu, namun mereka memukulnya sehingga cedera parah.
Manimalar berkata, selain peti keselamatan yang mengandungi barang kemas,
kumpulan penjenayah itu turut melarikan wang tunai serta kereta Proton Persona milik Appanaidu.
"Saya dan tiga anak perempuan berusia 20-an bagaimanapun tidak dicederakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisen Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis sedang menyiasat.
Mayat Appanaidu sudah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk
dibedah siasat dan dijangka dituntut oleh anggota keluarganya petang ini.
Home »
» Juruteknik maut dibelasah 5 perompak
Juruteknik maut dibelasah 5 perompak
Written By canang on Khamis, 29 Oktober 2009 | 10/29/2009 04:35:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan