Isnin, 19 Oktober 2009

Ketua balai polis ditahan reman kes rogol bawah umur

KOTA BHARU: Seorang ketua balai polis di daerah ini yang berpangkat Sarjan Mejar, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di bawah umur, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, mengesahkan penahanan anggota polis berumur 49 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu semalam.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin pasukan polis.
"Anggota tersebut kini ditahan kerja serta merta berkuat kuasa semalam. Kita masih lagi menyiasat kesalahan yang dilakukan itu dan tindakan susulan akan dikenakan sama ada digantung atau dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.