Isnin, 19 Oktober 2009

Pelakon rentung dalam kemalangan maut semalam


KOTA BHARU 19 Okt. - Salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Kampung Bunut Payung di sini semalam adalah pelakon filem Black Maria, Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22.

Pelakon yang lebih mesra dikenali sebagai Dayana Kamal itu turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku dan Ayah Kami.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.