PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai dikurung along di beberapa hotel bajet di negeri ini berjaya diselamatkan polis selepas adik perempuan lelaki berkenaan membuat laporan polis Selasa lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata adik mangsa membuat
laporan itu kira-kira jam 4 petang selepas abangnya yang berusia 38 tahun
tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.
Berdasarkan laporan, sepasukan polis menyerbu sebuah hotel di Jalan Anson
di sini dan menemui mangsa bersama seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai along," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan lelaki berkenaan dikurung di beberapa
buah hotel di sekitar George Town di sini selepas gagal membayar hutang ah long sebanyak RM400,000.
"Mangsa juga mengaku meminjam wang sebanyak RM900,000 dengan sembilan ah long lain dan gagal membayarnya."Ketika di dalam bilik hotel mangsa tidak dicederakan dan juga tidak diugut, bagaimanapun pergerakkannya dikawal oleh lelaki yang bersamanya itu," katanya.
Ayub berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki berasal dari Perak yang
ditahan polis itu mempunyai rekod terbabit dalam kegiatan pinjaman wang haram dengan sindiket di Johor.-
Home »
» Lagi mangsa Along:Lelaki dikurung along di hotel bajet diselamatkan
Lagi mangsa Along:Lelaki dikurung along di hotel bajet diselamatkan
Written By canang on Khamis, 29 Oktober 2009 | 10/29/2009 06:56:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan