KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu syaitan sanggup menyamar penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum memperkosa seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di pantai Tok Jembal, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa yang berusia 20 tahun bersama teman lelakinya menaiki kereta dan berhenti di Pantai Teluk Ketapang di sini sebelum didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri pegawai penguat kuasa JHEAT.
Difahamkan, suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum dibawa ke tepi pantai untuk melakukan rundingan konon bagi mengelak tindakan diambil terhadapnya dan pasangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketika itu, suspek memberitahu mangsa jika tidak mahu berunding, tindakan tegas akan diambil terhadapnya termasuk didenda sehingga RM6,000 jika didakwa di mahkamah.
Menurutnya, suspek menawarkan untuk mengadakan hubungan seks dengan pelajar perempuan terbabit sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan.Disebabkan terlalu bimbang, mangsa yang ketakutan bersetuju dengan tawaran suspek.
Katanya, melihatkan pelajar itu ketakutan dan bersetuju dengan tawaran itu, suspek membawa mangsa menaiki motosikal menuju Pantai Tok Jembal di sini, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.
Mohd Fauzi berkata, sebaik tiba di pantai itu, suspek membawa mangsa ke dalam semak berhampiran lalu merogolnya sebelum melarikan diri.
“Berikutan kejadian itu, pelajar itu membuat aduan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi dan bertindak atas maklumat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit kejadian itu.
“Suspek berusia 41 tahun berasal dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir di sini yang juga peniaga buku ditahan di sekitar kawasan kejadian kira-kira jam 5.45 pagi,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu hasil ujian perubatan manakala suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Katanya, polis masih menjejaki dua lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit kejadian itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, kesal dengan perbuatan suspek yang dikenal pasti sebagai bekas seorang penguat kuasa agama sukarela yang dilantik kerajaan kerana sanggup merogol mangsa.
Menurutnya, sebagai bekas pegawai pencegah maksiat, suspek tidak sepatutnya melakukan perbuatan keji itu.
Beliau berkata, kad kuasa diberikan kepada suspek sudah lama ditarik balik JHEAT dan lelaki itu sudah tiada kuasa untuk menahan pasangan yang disyaki berkhalwat atau melakukan maksiat.
“Saya memberi amaran kepada pegawai sukarela atau pegawai tetap yang didapati membuat rundingan atau menerima sogokan wang daripada pasangan yang melakukan maksiat termasuk khalwat, tindakan tegas termasuk dibuang kerja akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah,” katanya.
Home »
» Lelaki syaitan Menyamar Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Memperdaya dan Memperkosa Mangsa Seorang Pelajar
Lelaki syaitan Menyamar Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Memperdaya dan Memperkosa Mangsa Seorang Pelajar
Written By canang on Jumaat, 30 Oktober 2009 | 10/30/2009 10:49:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan