Ahad, 11 Oktober 2009

N31 Bagan Pinang:Kuasa di tangan 9,055 pengundi untuk membuat perubahan


PORT DICKSON – Siapa bakal menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang di sini akan ditentukan oleh 9,055 pengundi yang keluar memilih wakil mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.
Mereka akan membuang undi di lapan peti undi iaitu di Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Ladang Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Baru Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang yang dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Tugas membuang undi itu sudah dilakukan oleh 4,604 pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis pada Khamis dan Jumaat lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu dan menyaksikan pertandingan dua penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang ditentang calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.