Home » » Najib Altantuya:1Malaysia Ambil Berat Kebajikan Pekerja Asing Di Negara Ini

Najib Altantuya:1Malaysia Ambil Berat Kebajikan Pekerja Asing Di Negara Ini

Written By canang on Selasa, 27 Oktober 2009 | 10/27/2009 07:09:00 PTG


Susulan kematian pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa dera oleh majikannya semalam.
Dewan Rakyat hari ini menerima kunjungan dari media Indonesia yang bertanyakan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Dalam soal jawab itu, Hishamuddin melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu dan tidak menyangka tindakan majikan Mantik Hani, 36 tahun yang sanggup memperlakukan arwah sedemikian rupa.
“Saya begitu terkejut dan tidak faham ada manusia yang tergamak melakukan sedemikian rupa," katanya.

Allayarhamah Mantik Hani menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira jam 10 pagi semalam.
Pembantu rumah warga Indonesia itu ditemui pada 20 oktober lalu dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Hishamuddin menegaskan ini kes kematian pertama yang melibatkan pembantu rumah warganegara Indonesia.
“ Saya dalam hal ini tidak akan berkompromi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang perlu dapat perlindungan, orang luar yang berada di negara ini juga diberikan perlindungan yang sewajarnya," tambah beliau.
Hishamuddin juga memberi jaminan, kerajaan Malaysia kes ini akan terus dibawa ke Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata beliau telah menemui kedutaan Indonesia membincangkan kebajikan pekerja Indonesia.

“ Saya telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dengan pihak kedutaan Indonesia dan perkara yang amat mereka prihatin ialah tentang kebajikan pembantu-pembantu rumah warga Indonesia yang ada di negara kita. Saya rasa isu ini mesti diselesaikan segera dengan meminda beberapa akta di negara kita supaya isu kebajikan pekerja-pekerja asing ini dapat diatasi dan dunia melihat kita serius dalam menjaga kepentingan dan hak mereka," kata Salahuddin.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger