
KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan secara lantang mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau berkata, sebagai barisan hadapan kabinet, seorang menteri tidak seharusnya hilang kepercayaan ahli parti apatah lagi jika maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat.
"Kalau ada menteri kabinet yang hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya, buat apa jadi menteri kabinet, berhentilah," katanya.
berkata, menteri berkenaan wajar berundur sejajar dengan slogan kerajaan sekarang iaitu supaya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Mengenai kedudukan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga dan menilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI), beliau berkata, menteri itu sendiri tidak menunjukkan prestasi yang baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan