Home »
» NAJIB VS ANWAR:Bidas pihak tidak sabar 'talkinkan' UMNO
NAJIB VS ANWAR:Bidas pihak tidak sabar 'talkinkan' UMNO
Written By canang on Jumaat, 16 Oktober 2009 | 10/16/2009 10:57:00 PG
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak yang tidak sabar ‘mentalkinkan’ UMNO sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran.
Presiden UMNO itu berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 musuh politik UMNO mula meramalkan kejatuhan UMNO tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.
“Kata mereka UMNO sudah nazak dan hanya menanti waktu. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) tertubuh akibat perpecahan dalam UMNO,” katanya.
Dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 semalam, Perdana Menteri berkata, telahan juga dibuat selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga apabila banyak calon UMNO tewas.
Katanya, andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan UMNO pada 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Semangat 46 dan dicanangkan pada pilihan raya umum 1999.
“Hakikatnya setiap generasi kepimpinan UMNO menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdulillah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental,” katanya.
Merujuk keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, Najib berkata, rakyat memberi mesej yang jelas kepada UMNO. UMNO sedar, insaf dan berazam untuk berubah.
“Kita tahu rakyat masih sayangkan UMNO. Apa yang mereka inginkan hanyalah UMNO berubah. Kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan