Sabtu, 31 Oktober 2009

Nizar Kembalikan Hak Rakyat News:Kampung Buah Pala Hanya 24 unit rumah teres Dibenarkan Didirikan

Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd bersetuju membenarkan pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (M) Sdn Bhd mendirikan 24 unit rumah teres di atas tanah milik koperasi itu untuk bekas penghuni kampung berkenaan.
Dalam mesyuarat agung khasnya hari ini, koperasi berkenaan membuat keputusan untuk mengikut kehendak kerajaan negeri supaya bekas penduduk di situ diberikan rumah teres sebagai jalan penyelesaian terhadap isu perpindahan penduduk kampung berkenaan.
Pengerusinya, Abdul Razak Mansor bagaimanapun berkata koperasi memberikan syarat supaya 10 penduduk terawal yang menerima tawaran mengosongkan tapak rumah mereka itu dimasukkan dalam senarai penduduk yang bakal menerima 24 unit rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Mesyuarat khas hari ini sebulat suara meluluskan pembinaan 24 unit rumah teres untuk bekas penduduk Kampung Buah Pala seperti yang diminta pemaju dan ia adalah muktamad.
"Tiada sebarang tambahan unit dibenarkan lagi selepas ini dan mana-mana penduduk yang tidak menerima tawaran perpindahan pemaju sebelum ini tidak akan diambil kira dalam pemberian rumah itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.