Sabtu, 31 Oktober 2009

Woi!!!!!!Ong,Koh Tsu Koon,Najib Altantuya:Saya tidak akan minta maaf dan menarik balik kenyataan -Sri Gading


BATU PAHAT 31 Okt. _ Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad
Aziz tidak akan menarik balik kenyataan agar Presiden MCA, Datuk
Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet.
Selain itu, beliau juga tidak akan memohon maaf ekoran kenyataan berkenaan yang mendapat bantahan daripada ahli-ahli kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula
dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen," katanya ketika diminta mengulas tindakan lebih 30 anggota Pemuda dan Wanita Gerakan mengadakan protes selama 15 minit di hadapan Dewan Wawasan, Menara PGRM untuk menuntut Mohamad menarik balik kenyataannya yang dibuat semasa persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu.
Kumpulan tersebut turut menuntut agar beliau memohon maaf secara
terbuka kepada Tsu Koon ekoran kenyataan berkenaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.