Home » » Nizar vs Zambry:BN Tolak Usul Tragedi 1 Malaysia yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Nizar vs Zambry:BN Tolak Usul Tragedi 1 Malaysia yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Written By canang on Rabu, 28 Oktober 2009 | 10/28/2009 05:56:00 PTG


Usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung tragedi perkhemahan 1 Malaysia Kuala Dipang, Kampar baru-baru ini ditolak Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye berkata beliau amat kesal pemerintah enggan membenarkan tragedi itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pakatan Rakyat turun padang melawat tempat kejadian melihat tragedi tersebut.
“ Selepas tragedi berlaku saya sempat melawat tempat kejadian pada 2.30 pagi, 27 Oktober 2009 dan berpeluang menemuramah sebahagian daripada ibu-bapa murid yang terlibat” ujar beliau.
Dari pemerhatiannya, Dr Lee berkata struktur jambatan tidak menepati piawaian pembinaan, bahkan rombongan yang melalui jambatan itu tidak diselia pengurus perkhemahan 1 Malaysia.
“ Struktur jambatan itu tidak mengikut cirri-ciri keselamatan dan semasa murid menyeberangi Sungai Kampar yang lebarnya lebih 20 kaki, tidak ada kawalan dari guru ataupun pegawai yang bertanggungjawab” tambah beliau.

Pada kejadian 26 Oktober kira-kira jam 10.30 malam itu, 22 murid sedang menyeberang jambatan yang baru dua minggu siap dan tidak semena-mena jambatan itu roboh.
“ Bukan itu sahaja, ibu bapa juga sudah mula menimbulkan kebimbangan terhadap kem 1 Malaysia ini” tambah beliau apabila mendengar sendiri luahan para ibu-bapa yang ditemui di tempat kejadian.Sementara itu bagi Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, perkhemahan 1 Malaysia adalah antara inisiatif kerajaan yang tidak jelas objektifnya.

“ Kita telah menyaksikan banyak inisiatif kerajaan seperti projek Kem 1 Malaysia yang dilaksanakan tanpa perancangan yang betul” katanya.
Manakala bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul pula berpendapat, kerajaan seharusnya mengambil pendekatan yang lebih terancang dan teliti jika mahu mewujudkan kem yang seumpama ini.
“ Sepatutnya ada Prosedur Operasi yang Standard (SOP)atau SOP ada cuma tidak diperaktikkan” katanya kepada media.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus mendesak kerajaan untuk menggantungkan kem 1 Malaysia sehingga keselamatan para peserta dikenalpasti.

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang dekat Kampar telah mengorbankan satu nyawa kanak-kanak India Deve a/p Nathan sementara dua lagi rakannya masih belum ditemui.
Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger