Home » » Otak Aleeza Kassim dijangkiti kuman

Otak Aleeza Kassim dijangkiti kuman

Written By canang on Jumaat, 2 Oktober 2009 | 10/02/2009 11:18:00 PG


Aktres dan model jelita yang mencipta nama menerusi filem Panas, Aleeza Kassim selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair berkuman pada bahagian otaknya.
Pembedahan selama tiga jam tersebut dilakukan di Hospital Pakar Damansara pada jam 1 tengah hari 29 Januari lalu. Menurut kenalan rapat Aleeza yang enggan dikenali, sebelum dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu, Aleeza ada menghubunginya mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas dan menghidapi demam serta migrain berterusan.
Kemudian, suaminya, Mohd Fauzi Che Rus menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebelum ditahan di wad hospital berkenaan.

“Doktor memasukkan tiub menerusi hidung Aleeza untuk menyedut cecair yang terdapat di otaknya. Kini, dia berada dalam keadaan yang stabil,” kata kenalan Aleeza itu.
Kemasukan model tinggi lampai tersebut ke hospital sememangnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan hanya dikhabarkan kepada ahli keluarga dan teman rapat sahaja.
Menurut rakan baik aktres itu lagi, sehari selepas pembedahan, keadaan kesihatan Aleeza tidak begitu baik dan Aleeza ada mengadu mengalami kesakitan di bahagian muka dan kepala. Namun, pada keesokannya, Aleeza menunjukkan perkembangan positif apabila mula bercakap dan mampu makan makanan lembut.

“Kini Aleeza dijaga oleh suaminya bermula sehari selepas pembedahan sehingga sekarang. Ketika hari pembedahan, ramai ahli keluarganya hadir memberikan sokongan moral, ” katanya.
Aleeza berkemungkinan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi jika terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Buat masa ini, Aleeza masih belum lagi bersedia untuk menemui pihak media dan memohon agar diberikan sedikit privasi sehingga beliau betul-betul bersedia.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger