Home »
» Pembunuh pelakon Kipas Anggun dihukum gantung sampai mati
Pembunuh pelakon Kipas Anggun dihukum gantung sampai mati
Written By canang on Rabu, 7 Oktober 2009 | 10/07/2009 09:58:00 PTG
KUALA LUMPUR - Seorang jurusolek dan penganggur hanya mampu mengalirkan air mata apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka setelah disabitkan bersalah membunuh seorang pelakon Singapura pada tahun 2001.
Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali memutuskan hukuman tersebut terhadap Esma Faizul Zainul Nor, 38, dan Mohd. Fazli Ismail, 27, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Sejurus hukuman dibacakan, suasana di mahkamah kecoh dengan tangisan kedua-dua keluarga tertuduh serta saling berpelukan antara satu sama lain.
Dalam penghakimannya, Apandi berkata, kedua-dua tertuduh telah memberi keterangan bela diri secara bersumpah namun ia adalah penafian tentang penglibatan mereka dalam pembunuhan terhadap Una Angelia Oliveiro, 44.
Beliau juga berkata, keputusan itu telah mengambil kira pengakuan kedua-dua tertuduh beberapa jam selepas mereka membunuh seorang wanita yang pernah berlakon dalam drama Melayu berjudul Kipas Anggun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan