Home » » SPRM tahan 4 pegawai perhutanan

SPRM tahan 4 pegawai perhutanan

Written By canang on Rabu, 14 Oktober 2009 | 10/14/2009 08:37:00 PTG


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menangkap empat pegawai perhutanan kerana disyaki melakukan rasuah dalam sektor pembalakan haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup, kementerian itu telah mendapati terdapat peningkatan dalam pembalakan haram sejak 2006 hingga 2008 dan telah bekerjasama dengan SPRM bagi meningkatkan keupayaan pencegahan rasuah.
"Sebanyak 34 kes pembalakan haram dilaporkan pada 2006 dan jumlah itu meningkat kepada 38 pada 2007 dan menurun kepada 21 kes tahun ini,"

"Dari segi nilainya pembalakan haram ini ialah RM234,986. Seramai 23 orang telah ditahan oleh SPRM kerana rasuah dari tahun 2004 hingga 2008 dan terdapat pegawai-pegawai Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) di antara mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup seminar pencegahan rasuah dalam sektor perhutanan di sini hari ini.
Beliau memberi jaminan bahawa kementeriannya akan terus memantau pegawainya sambil menambah bahawa kebanyakan kegiatan pembalakan haram berlaku di Pahang.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger