Home »
» Zambry MB Haram,Najib Altantuya:Rosmah cadang sidang kemuncak wanita pertama
Zambry MB Haram,Najib Altantuya:Rosmah cadang sidang kemuncak wanita pertama
Written By canang on Isnin, 26 Oktober 2009 | 10/26/2009 07:20:00 PTG
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menggesa dianjurkan "Sidang Kemuncak Wanita Pertama Memupuk Pemimpin Wanita Masa Depan" tahun depan untuk merumuskan kaedah bagi meningkatkan lagi peranan wanita dalam kepimpinan serta menyelesaikan isu yang dihadapi mereka.
"Malaysia bersedia untuk berusaha menjadikan sidang kemuncak pertama ini realiti dan saya merayu kepada semua wanita pertama dan isteri pemimpin untuk turut serta dalam sidang kemuncak ini.
"Rumusan daripada sidang kemuncak ini, saya pasti akan menerima perhatian utama daripada pemimpin dari banyak negara dan diharapkan akan diterjemahkan kepada tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Kepimpinan Wanita di sini yang dihadiri kira-kira 300 wanita berpengaruh daripada sektor politik, akademik dan perniagaan dari seluruh dunia.
Bercakap kepada pemberita Malaysia kemudiannya, Rosmah berkata tarikh yang sesuai akan ditetapkan bagi penganjuran sidang kemuncak itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pula berkata Kabinet telah memberikan kelulusan bagi penganjuran sidang kemuncak itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan