Isnin, 26 Oktober 2009

Zambry MB Haram,Najib Altantuya:Tidak hadir jika tiada jaminan keselamatan


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada pakatan rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan rakyat

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat Pas Perak di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Hussain berkata Adun pakatan rakyat akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap Adun pakatan rakyat sebelum dan semasa sidang.Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk Adun Barisan Nasional atau pakatan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.