
KUALA LUMPUR: Pas mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat secara terperinci tuduhan yang dilemparkan terhadap Pas Selangor berhubung isu yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jawatankuasa yang akan diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat pandangan dan tuduhan yang membabitkan Pas Selangor.
Katanya, tiada tempoh khusus ditetapkan bagi menyelesaikan siasatan itu tetapi ia perlu diselesaikan secepat mungkin.
"Kami (Pas) sudah berbincang dengan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu Pas Selangor dan rakan gabungan kami menyerahkan kepada Pas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang dibangkitkan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pas di sini, awal pagi tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan