Home » » Zambry MB haram:Sekitar sidang media PR

Zambry MB haram:Sekitar sidang media PR

Written By canang on Rabu, 28 Oktober 2009 | 10/28/2009 04:06:00 PTG


Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir
Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai.

Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:55 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin.
Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:45 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah
Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN.

Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:43 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak
Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub.

Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah.

Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakya
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:40 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan.
Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:26 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh
Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk.

Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar.

Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda.

Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:23 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat
Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.

Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.

Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.

Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:18 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar
Sebahagian dari rakan media yang hadir.

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger