Home » » 1Malaysia,1Tragedi,Nizar News:Tebing ke Muzium Perang runtuh

1Malaysia,1Tragedi,Nizar News:Tebing ke Muzium Perang runtuh

Written By canang on Isnin, 2 November 2009 | 11/02/2009 05:40:00 PTG

Sebahagian kecil tebing setinggi 10 meter yang juga adalah laluan utama ke Muzium Perang, Batu Maung, dekat sini runtuh dipercayai berikutan pergerakan tanah ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, pergerakan tanah itu dipercayai berpunca daripada tindakan pemaju projek perumahan yang “menceroboh” zon penampan sepanjang enam meter yang ditetapkan pihak berkuasa di lereng bukit terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Perang, Johari Shafi, berkata beliau kesal dengan kejadian yang disifatkannya berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan.
"Saya sudah membuat aduan kepada pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhubung tindakan pemaju yang memotong pokok serta mengambil tanah di tebing bukit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Katanya, hingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap pemaju yang seolah-olah mempunyai “imuniti” untuk mengambil tanah di bukit itu walaupun ia sudah ditetapkan sebagai zon penampan.
Johari berkata, apa yang cukup mengecewakannya adalah pihak berkuasa saling tuding menunding antara satu sama lain terhadap aduannya yang dibuat selepas satu runtuhan kecil berlaku di kawasan itu."Akhirnya kebimbangan yang saya suarakan sejak dua bulan lalu kini menjadi kenyataan. Saya bimbang dengan keselamatan pengunjung terutama kanak-kanak yang datang ke Muzium Perang.

"Nasib baik runtuhan ini berlaku ketika tiada orang hendak naik ke atas. Kalau tidak, sudah tentu akan berlaku kecederaan," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, beliau turut membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi menyiasat sama ada wujud unsur rasuah.
"Saya mahu tahu kenapa pemaju itu tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mereka jelas melanggar peraturan dengan menceroboh zon penampan berkenaan," kata Johari.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati, kira-kira 200 murid sekolah rendah terpaksa berjalan kaki kira-kira satu kilometer menaiki bukit untuk ke Muzium Perang.
Bas yang membawa mereka terpaksa diletakkan di bawah kerana tidak boleh melalui kawasan berkenaan ekoran dikhuatiri akan menyebabkan runtuhan susulan yang lebih buruk sehingga meruntuhkan keseluruhan jalan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger