Home » » Ibu tikam anak ekoran tak faham Inggeris./ Nizar News

Ibu tikam anak ekoran tak faham Inggeris./ Nizar News

Written By canang on Selasa, 3 November 2009 | 11/03/2009 08:44:00 PTG

Kerana lemah berbahasa Inggeris, seorang wanita yang percaya anaknya akan diambil daripadanya, menikam anaknya berusia lapan tahun sebelum cuba membunuh diri.
Elida didakwa dengan tuduhan cuba membunuh, serangan yang menyebabkan kecederaan, tindakan membahayakan kanak-kanak dan kesalahan senjata berikutan kejadian itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa masih berusaha menngesahkan negara asal Elida dan butir peribadinya.
Pihak berkuasa berkata, wanita berusia 37 tahun itu dan ibu tiga anak yang tidak boleh memahami bahasa Inggeris dengan baik, menyangka dia akan kehilangan hak penjagaan terhadap anaknya selepas menerima beberapa surat daripada pihak sekolah beberapa minggu lalu.
Penyiasat di Balai Polis Bergenfield, John Casper berkata, Elida mengesyaki demikian walaupun suaminya berulang kali cuba meyakinkannya.Penguasa Pelajaran tempatan, Michael Kuchar berkata, pegawainya meneliti surat yang dihantar kepada keluarga itu dan mendapati tidak ada apa yang dapat menyokong kebimbangan Elida.

Menurutnya, surat itu termasuk makluman mengenai kemajuan anaknya.
Elida didakwa menikam anaknya ketika kanak-kanak itu bermain permainan video.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger