
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas.
Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen.
Balam mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak.
Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya.
Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 bagi menampung perbelanjaan meninggalkan Malaysia.
Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat sama-sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan