Polis Kelantan menahan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari cawangan Jenayah Bukit Aman kerana disyaki menipu RM38,000 daripada seorang wanita, yang meminta bantuan bagi pembebasan suaminya setelah ditahan mengikut Akta Racun 1952.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Hamzah Alias, berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 12 tengah hari, 29 Oktober lepas sebaik menerima laporan dari mangsa.
"Lelaki yang berasal dari sini, kini direman bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat di Tanah Merah pada hari yang sama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Hamzah berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan, lelaki terbabit dikatakan meminta wang dari mangsa bagi menyelesaikan kes suami mangsa di luar mahkamah kerana memiliki ubat-ubatan beracun.
Bagaimanapun, katanya setelah semua wang dimasukkan ke lapan akaun milik rakan-rakan suspek namun kes itu tidak dapat diselesaikan, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan ke Ibu Pejabat Daerah Polis Tanah Merah.
"Mangsa membuat lapan pembayaran sejak 9 Sept hingga 17 Oktober lalu melalui lapan akaun yang diberi kepada mangsa berjumlah RM38,000," katanya.
Beliau berkata suspek kini direman bagi membantu siasatan dan jika cukup bukti lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Manakala suami mangsa yang dipercayai pengedar ubat disiasat mengikut Akta Racun 1952, kerana memiliki ubat-ubatan beracun di rumahnya di Tanah Merah pada Ogos lalu.
Pemilik akaun berkenaan tidak dikenakan tindakan kerana mereka tidak mengetahui tujuan suspek meminta nombor akaun mereka.
Home »
» Najib Altantuya:Polis tahan "Inspektor' Bukit Aman tipu wanita RM38,000 /Nizar News
Najib Altantuya:Polis tahan "Inspektor' Bukit Aman tipu wanita RM38,000 /Nizar News
Written By canang on Selasa, 3 November 2009 | 11/03/2009 06:13:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan