Home » » Nizar News:Ada 'tangan ghaib' di sebalik penahanan,Dr Asri

Nizar News:Ada 'tangan ghaib' di sebalik penahanan,Dr Asri

Written By canang on Selasa, 3 November 2009 | 11/03/2009 03:44:00 PTG


Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tidak menolak kemungkinan ada 'tangan-tangan ghaib' di sebalik penahanannya dengan menggunakan alasan memberi kuliah agama tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin.
Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai 'penahanan terpilih', beliau juga mempersoalkan tindakan jabatan agama negeri itu memandangkan setiap bekas mufti termasuk dirinya bebas memberikan ceramah agama di mana-mana sahaja.

"Ramai lagi individu yang berceramah namun tidak ditahan serta didakwa, mungkin ini merupakan 'penangkapan terpilih'. Saya percaya ada unsur 'tangan ghaib' tetapi saya tidak tahu siapa," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom di sini semalam.

Menurut Mohd. Asri, penahanannya di sebuah rumah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang itu perlu dijadikan titik tolak untuk perubahan ruang kepada kebebasan memberi ceramah.
"Apabila ada banyak akta, ia bukan sahaja tidak membuka ruang untuk bebas memberi pandangan malah akan menghalang perkara-perkara yang baik," jelasnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger