Home » » Nizar News/Dr Asri Mohon Kes Dikendali Mahkamah Tinggi

Nizar News/Dr Asri Mohon Kes Dikendali Mahkamah Tinggi

Written By canang on Khamis, 19 November 2009 | 11/19/2009 07:00:00 PG


Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini hari ini terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Mohd Asri, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman beralamat No. 2 Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 malam sehingga 9.45 malam, 1 Nov lepas.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid.

Beliau memohon kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi atas alasan segala fakta dalam kes melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat dan berpengalaman mengikut undang-undang dan tertuduh mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat luar.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan pihak pendakwaan secara lisan atas alasan permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat kerana mahkamah berpandangan kes itu perlu dibicarakan dengan segera.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger