Home »
» Nizar News:Hanya dengan renungan mata Datuk Azmi lidah menjadi kelu - Suami isteri lesap RM80,000
Nizar News:Hanya dengan renungan mata Datuk Azmi lidah menjadi kelu - Suami isteri lesap RM80,000
Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 08:40:00 PG
KUALA LUMPUR - Hanya dengan renungan mata seorang lelaki bergelar Datuk Azmi, sepasang suami isteri lesap RM80,000 akibat dipukau.
Pasangan suami isteri tersebut mendakwa mereka menjadi kelu ketika mengadakan perbincangan dengan Datuk tersebut bersama pekerjanya yang dikenali sebagai Shakri berusia 40-an.
Segalanya bermula sebaik sahaja mereka mengiklan rumah mereka di TTDI Jaya, Shah Alam untuk disewa sebanyak RM1,400 sebulan
"Shakri datang berjumpa kami dan selepas berbincang, dia mengatakan mahu membeli rumah itu bagi pihak majikan, Datuk Azmi," kata mangsa yang dikenali sebagai Rashid, 50.
Menurut Rashid, dia bertemu dengan Shakri pertama kali pada 15 Oktober di Bangsar di sini dan pada perjumpaan 17 Oktober pula, persetujuan dicapai apabila majikannya bersetuju membeli dengan harga RM345,000.
Tambahnya, perjumpaan ketiga berlangsung pada 19 Oktober di sebuah hotel di Mid Valley dan Shakri memperkenalkan Datuk Azmi dan seorang lagi pekerjanya bernama Rahmat kepadanya "Pada perjumpaan tersebut, Datuk Azmi merenung mata kami dan ketika itu saya dan isteri seperti hilang ingatan dan hanya menurut sahaja arahan mereka.
"Datuk Azmi kemudiannya mengambil geran rumah dan membuat salinan sebelum dia beredar kononnya untuk mengambil wang tunai kerana urusan jual beli itu dilakukan secara tunai," ceritanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan