Home » » Nizar News/Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah

Nizar News/Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah

Written By canang on Isnin, 9 November 2009 | 11/09/2009 11:02:00 PTG



Susulan Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri yang bermula hari ini, Speaker Teng Chang Khim bertindak menukarkan tempat duduk ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam dewan ke tempat pembangkang kerajaan negeri.
Ini berikutan mengikut amalan dewan apabila wakil rakyat itu menyertai pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional, maka tempatnya perlu ditukarkan agar berjauhan bersama penyokong pembangkang.
“Disebabkan beliau telah pun mengumumkan bahawa beliau keluar daripada parti Keadilan dan juga sebagai akan menjadi Adun Bebas yang memihak kepada Barisan Nasional, maka mengikut amalan dalam dewan saya tukarkan tempat duduk beliau supaya jauh daripada pihak penyokong kerajaan”, kata Teng Chang Khim

Beliau bercakap kepada Tv Selangor selepas diminta mengulas kedudukan Badrul dalam Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.
Badrul sebelum ini bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai parti bebas dan menyokong Umno-Barisan Nasional

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger