BENTONG, 14 Nov: Masalah kemiskinan yang berlaku dalam negara ini tidak mungkin dapat diselesaikan kerana pemimpin Umno mahu menjadikan golongan ini sebagai umpan pilihanraya bagi mengekalkan sokongan kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang..
Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini, baru-baru ini Abdul Hadi kesal walau pun negara mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi ianya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa.
“Harta negara ada berbilion-bilion tetapi harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik. Tetapi apa yang berlaku hari ini orang yang sudah lama miskin tidak dapat dibebaskan dari kemiskinan, maka datang pula miskin yang baru, tak selesai.
“Umno suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi. Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tak betul, sepatutnya mereka ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan,” katanya.
Presiden PAS itu turut menyatakan kekesalan atas penyelewengan dan rasuah yang berlaku yang menyebabkan negara kehilangan kewangan dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.
“Apa yang berlaku kepada PKFZ, KWSP, Petronas adalah penyelewengan yang besar. Apa yang berlaku keatas isu ini kekayaan negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik,” katanya.
1 ulasan:
Sudah lar NIZAR CIBAI ooi, kapak tau kau siapa. Kapak kenal kau dan malu kapak ada senior mcm nih di TI Ipoh.Sudahlah jgn jadi pencacai DAP. Kalau keturunan kau ada darah cinapun jgnlah jadi pencacai yang teruk sampai sanggup belakangkan agama.
Nizar, hang tau tak dalam kelambu DAP pun dah berkecamuk, hang masih nak bertuankan DAP. Klau kerusi hanya 6 jgn lar mimpi nak menjadi MB yang kuat, dlm meeting exco masa kau dulu hang pun xdapat kawal keputusan, hang xberani kerana suara mereka ramai, jangan gah lar kat luar, kapak tau apa terjadi di masa hangpa meeting tu, tgok dalam pilihanraya PRU 13 nanti akan keluar semua gambar2 vedio hang dlm conduct meeting. Jgn nak tipu rakyat Melayu lar, k.
Bertaubat lar sebelum hang ditaubatkan.... selagi masa dan nyawa ada dikandung badan.
Catat Ulasan