Home » » Nizar News:Khalid Gesa Akar Umbi Ingat Dasar Perjuangan Parti

Nizar News:Khalid Gesa Akar Umbi Ingat Dasar Perjuangan Parti

Written By canang on Ahad, 15 November 2009 | 11/15/2009 11:39:00 PTG



Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa ahli parti mengingati asas perjuangan PKR untuk membawa perubahan.

Beliau mahu akar umbi serta kepimpinan mengingatkan antara satu sama lain mengenai perjuangan PKR sebagai tunjang kekuatan parti.

Katanya, prinsip keadilan yang dibawa PKR adalah tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

“Kita mesti mengingati satu sama lain, itulah perjuangan kita, keadilan punca kekuatan kita. Sebab itu ramai yang keluar (parti) kerana tidak kuat dalam pendirian reformasi untuk bawa pembaharuan kepada rakyat.

“Inilah tujuan kita kenal diri supaya jangan sampai pada satu peringkat lari, cabut, mengatak dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Konvensyen PKR Selangor, pagi tadi.

Khalid mengakui usaha melakukan pelaburan bukan tugas yang mudah, namun Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan ianya bukan sesuatu yang mustahil.

Sehubungan itu, pembinaan jati diri dan pengisian jiwa adalah perlu supaya usaha ini tidak terkandas separuh jalan.

“Kita bukan cakap kosong sahaja, beza kita dengan UMNO, MCA dan parti komponan Barisan Nasional ialah kita cakap dan kita bikin. Mereka cakap tak serupa bikin,”katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan akar umbi supaya terus memperjuangkan perubahan kerana kejayaan mentadbir Selangor tidak bermakna perjuangan parti telah tamat.

“Tetapi perubahan itu, tidak mengubah perjuangan parti untuk memperjuangkan reformasi,”katanya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger