Home » » Nizar News/Kisah hitam bekas ratu terbongkar

Nizar News/Kisah hitam bekas ratu terbongkar

Written By canang on Selasa, 10 November 2009 | 11/10/2009 10:23:00 PG



Tembelang bekas penyandang gelaran Ratu cantik California, Carrie Prejean terbongkar apabila video seksnya terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.
Laman berita hiburan TMZ.com melaporkan, pendedahan mengenai video lucah itu yang berjudul X-rated version of Home Alone dibuat pada satu perbicaraan di sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.
Pada perbicaraan itu, Prejean, 22, dan penganjur pertandingan ratu cantik California USA saling saman-menyaman.

Prejean menuntut gantirugi lebih AS$1 juta (RM3.3 juta) daripada pihak penganjur yang memecatnya daripada memegang gelaran ratu cantik California.
Menurut Prejean, dia dipecat kerana menentang perkahwinan gay.
Bagaimanapun, pihak penganjur melakukan saman balas dengan mengemukakan pita video seks itu kepada mahkamah sebagai bukti jelitawan itu melanggar kontrak kerana membintangi filem lucah.
"Muka Prejean merah padam dan dia menarik balik samannya selepas video lucah itu dipertonton di mahkamah," kata sumber. Wanita itu cuma dibayar AS$100,000 (RM330, 000) bagi membayar kos perundangan dan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menamatkan sengketa mereka.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger