Home » » Nizar News:Lagi Pembantu Rumah Jadi Mangsa

Nizar News:Lagi Pembantu Rumah Jadi Mangsa

Written By canang on Sabtu, 7 November 2009 | 11/07/2009 10:33:00 PTG


KAJANG: Terliur dengan kejelitaan pembantu rumah adiknya, seorang lelaki gagal mengawal nafsu sehingga sanggup memperkosa amah berkenaan dalam kereta miliknya buat kali pertama sebelum mengulangi perbuatan sama beberapa kali di rumah barunya di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini.
Suspek yang berusia 40-an sebelum itu jatuh hati terhadap pembantu rumah yang bekerja di rumah adik perempuannya dan mencari peluang memerangkap mangsa.
Sumber polis berkata, pembantu rumah warga asing berusia 25 tahun itu sebelum ini bekerja dengan adik suspek di Wangsa Maju selama satu tahun setengah.
Menurutnya, lelaki itu menemui adiknya pada 23 September lalu sebelum menyatakan hasrat meminjam amah berkenaan beberapa minggu untuk bekerja di rumahnya.“Difahamkan suspek mendakwa ingin meminta bantuan amah itu membersihkan rumah barunya selain menolongnya membuat persiapan bagi mengadakan majlis kenduri pindah rumah.“Adik suspek yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan amahnya mengikut abangnya dengan menaiki kereta,” katanya.
Menurutnya, suspek yang bekerja di sebuah universiti tempatan memandu kereta menuju rumah barunya di Bandar Mahkota.
“Mungkin kerana terlalu lama memendam perasaan, suspek bagaikan tidak sabar untuk memperkosa amah terbabit yang ketika itu duduk di kerusi sebelah pemandu.
“Suspek pada mulanya memujuk mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu berkali-kali menolak ajakan berkenaan dengan baik,” katanya,

Menurutnya, mungkin disebabkan tidak dapat menahan gelodak nafsu, lelaki itu memberhentikan kereta di kawasan sunyi sebelum menarik mangsa ke tempat duduk belakang.
Dia membuka pakaian mangsa sebelum memperkosanya walaupun wanita itu menjerit dan cuba melawan.
“Sejurus selesai memperkosa mangsa, suspek terus membawa amah itu ke rumah barunya di Bangi. Sebaik tiba di rumah berkenaan, dia didakwa mengheret mangsa masuk ke bilik tidur utama sebelum memperkosanya sekali lagi.

“Mangsa diperkosa berulang kali sebelum diserahkan kembali kepada adik suspek. Difahamkan mangsa mengadu dia dirogol kepada majikan,” katanya,
Menurutnya, adik suspek yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bagaimanapun enggan percaya dengan aduan mangsa, sebaliknya menuduh wanita itu sengaja mereka cerita palsu kerana malas bekerja.
“Kecewa dengan sikap majikannya, mangsa menghubungi agensi pembantu rumah asing yang membawanya ke negara ini. Kali ini, nasib mangsa agak baik apabila aduan terbabit disalurkan kepada polis.

“Mangsa dibawa membuat laporan sebelum polis menjalankan siasatan dan memberkas suspek berusia 40-an berkenaan, awal minggu ini. Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun,” katanya
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood, mengesahkan kejadian berkenaan dan berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes itu.
“Mangsa diberi rawatan dan perlindungan sewajarnya oleh pihak polis sebelum diserahkan kepada pihak kedutaan untuk tindakan lanjut. Apa yang saya tahu, mangsa mengalami trauma dan enggan lagi bekerja di negara ini,” katanya.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger