Home » » Nizar News:Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahabi sebagai sesat - Mashitah

Nizar News:Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahabi sebagai sesat - Mashitah

Written By canang on Khamis, 5 November 2009 | 11/05/2009 03:06:00 PTG

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk “Pendermaan Organ dari Perspektif Islam” di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai “sensitif”, berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara. —
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger