Home » » NIZAR NEWS: Peguam Syarie diberi tempoh seminggu berhubung dakwaan memorandum.Dr. Asri

NIZAR NEWS: Peguam Syarie diberi tempoh seminggu berhubung dakwaan memorandum.Dr. Asri

Written By canang on Ahad, 1 November 2009 | 11/01/2009 12:52:00 PTG


Persatuan Peguam Syarie Malaysia diberi tempoh seminggu untuk memberikan segala fakta yang berkaitan berhubung dakwaan yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober yang disiarkan di laman sesawang persatuan itu kelmarin.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin (gambar) berkata, memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertujuan supaya ditarik balik pelantikannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu mengandungi pembohongan bagi menjejaskan reputasinya.
Menurutnya, konflik itu bermula apabila beliau ditawarkan jawatan berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan baru-baru ini.
"Bagaimanapun, saya masih memikirkannya, malah sehingga kini saya belum menerima sebarang surat mengenai pelantikan, cuma apa yang saya tahu ada pihak tidak berpuas hati dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada satu sidang media di sini malam tadi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger