KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 14 Disember untuk memutuskan tarikh bagi pendengaran permohonan injunksi inter-parte dalam saman RM500 juta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat terhadap pengarah Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing kerana memfitnah beliau.
Timbalan Pendaftar, Hilmiah Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar.
Peguam yang mewakili Ong, Ronnie Tan Tuan King, memberitahu bahawa Hilmiah memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit sebelum tarikh itu
Pada 24 Ogos, Ong yang juga Presiden MCA, memfailkan saman itu terhadap Tiong, ahli Parlimen Bintulu, mendakwa Tiong telah mengeluarkan kenyataan memfitnah kononnya memberi RM10 juta kepadanya, yang telah disiarkan dalam laman web Malaysiakini pada 12 Ogos.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata, kenyataan itu tidak benar dan beliau mahu Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya dengan permohonan maaf itu disiarkan dalam semua akhbar utama.
Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan injunksi untuk menghalang Tiong atau ejennya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu.
Ong mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyelewengan dana oleh Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan peranan Kuala Dimensi dalam perkara itu.
Kuala Dimensi ialah kontraktor pasang siap bagi projek PKFZ yang turut disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Ong berkata, kenyataan itu telah mencemarkan maruah, imej, integriti dan nama baik beliau di mata awam.
Katanya, tuduhan dalam kenyataan itu bertujuan untuk mencemarkan nama beliau sebagai pemimpin negara dan telah menyebabkan beliau terbabit dalam skandal awam dan dihina.
Malah, beliau berkata, melalui surat bertarikh 13 Ogos, beliau menuntut Tiong, pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf tetapi sehingga kini Tiong enggan berbuat demikian.
Home »
» Nizar, News:Sebutan injunksi saman Ong pada 14 Disember
Nizar, News:Sebutan injunksi saman Ong pada 14 Disember
Written By canang on Rabu, 4 November 2009 | 11/04/2009 04:39:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan